Thursday, 15 December 2011
VIDEO ICT DAN PENDIDIKAN
Friday, 9 December 2011
Monday, 5 December 2011
NUTP sifatkan syor 'elaun kesusahan' tak wajar
2011/12/05
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan cadangan pemberian ‘elaun kesusahan’ kepada guru yang bekerja di kawasan pedalaman sebagai tidak wajar kerana mereka sudah pun dibayar elaun khas ketika ini.Presidennya, Hashim Adnan, berkata ketika ini Guru Pedalaman Satu menerima elaun khas RM500 sebulan, Guru Pedalaman Dua mendapat RM1,000, manakala Guru Pedalaman Tiga dibayar RM1,500, sekali gus menunjukkan kerajaan prihatin terhadap mereka yang bertugas di kawasan luar bandar.
Wakilnya, Mustapha Naoor, berkata kemudahan pendidikan di pedalaman amat daif sehingga guru terpaksa menempuh perjalanan jauh dengan menaiki bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sekolah.
Mengulas lanjut, Hashim berkata, kerajaan sepatutnya memberi elaun kos sara hidup (Cola) kepada guru mengikut tempat tinggal dan bukannya berdasarkan kepada lokasi mereka ditugaskan.
“Contohnya, ada guru mengajar di Gopeng tetapi menetap di Ipoh, maka mereka tidak layak mendapat Cola RM200, sebaliknya hanya memperoleh RM100 kerana Gopeng dianggap sebagai kawasan pedalaman. Ia akan menjadi beban kepada guru di kawasan luar bandar,” katanya.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, turut berpendapat elaun kesusahan bagi guru tidak perlu kerana kerajaan sudah pun mewujudkan elaun khas pedalaman untuk mereka.
“Ketika ini elaun pedalaman adalah antara RM500 hingga RM1,500 dan dibayar mengikut kategori kawasan pedalaman, iaitu Pedalaman P1, P2 dan P3.
“Kementerian tidak bercadang untuk menaikkan lagi jumlah elaun pedalaman itu seperti mana yang diminta oleh sesetengah pihak kerana nilai yang diberikan itu masih lagi relevan,” katanya selepas merasmikan Penutupan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.
sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPsifatkansyor_elaunkesusahan_takwajar/Article/index_html
CUEPACS bantah JUSA, Turus diisi pihak luar
KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus dengan kepakaran luar, terutama daripada sektor swasta.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.
Katanya, seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada, terutama generasi muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.“Kenapa perlu ambil orang luar yang tidak tahu apa-apa mengenai jabatan kerajaan sedangkan kita tahu masih ramai penjawat awam berkebolehan untuk menjawat jawatan itu.
“Jika sudah tiada (penjawat awam) yang layak... mungkin orang luar boleh mengisinya, tetapi dengan syarat bukan semua jawatan ditawarkan,” katanya ketika memberi taklimat mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) dan Pembangunan Bersepadu Penilaian Kompetensi (PROSPEK) di Stadium Negeri di sini, semalam.
Omar mengulas laporan akhbar sebelum ini berkaitan cadangan untuk mengubahsuai skim JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar, termasuk daripada sektor swasta diambil mengisi jawatan itu.
“Pihak kami juga memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantah cadangan itu,” katanya. – BERNAMA
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.
“Jika sudah tiada (penjawat awam) yang layak... mungkin orang luar boleh mengisinya, tetapi dengan syarat bukan semua jawatan ditawarkan,” katanya ketika memberi taklimat mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) dan Pembangunan Bersepadu Penilaian Kompetensi (PROSPEK) di Stadium Negeri di sini, semalam.
Omar mengulas laporan akhbar sebelum ini berkaitan cadangan untuk mengubahsuai skim JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar, termasuk daripada sektor swasta diambil mengisi jawatan itu.
“Pihak kami juga memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantah cadangan itu,” katanya. – BERNAMA
Saturday, 3 December 2011
CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI 2012
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PENGGAL%20PERSEKOLAHAN%20TAHUN%202012_Cuti%20Ganti%20dan%20Peristiwa.pdf
AMAT SESUAI UNTUK GURU-GURU YANG SUKA BALIK KG
AMAT SESUAI UNTUK GURU-GURU YANG SUKA BALIK KG
Subscribe to:
Posts (Atom)